Penyatuan Silat : Sejarah dan Realiti
Penyatuan Silat: Sejarah, Realiti, dan Cabaran Sejak dahulu, sejarah silat di Tanah Melayu tidak pernah terpisah daripada peristiwa-peristiwa besar yang membentuk jatidiri bangsa. Salah satu episod penting ialah Perang Musuh Bisik , sebuah peperangan yang bukan sahaja menguji kekuatan fizikal dan strategi, tetapi juga meninggalkan kesan psikologi dan sosial yang panjang terhadap masyarakat, terutamanya di Kedah. Saya sendiri berasal dari salah satu kawasan Kuala yang pernah diserang akibat pengkhianatan. Pengalaman dan pemerhatian sejak kecil membuatkan saya sedar — masyarakat Kedah, khususnya yang terlibat dalam seni silat, seolah-olah masih terikat dengan satu “rantaian sumpahan” yang diwarisi daripada zaman perang tersebut. Silat Kedah dan Dilema Perkembangan Kebanyakan aliran silat yang berakar di Kedah jarang dapat berkembang luas. Faktor-faktor yang menghalang ini sering berkisar pada sifat dalaman masyarakat, konflik kepentingan, dan kesan sejarah pengkhianata...