KENYATAAN DUNIA SILAT MENGENAI ISU PENGAMBILAN TANAH UNTUK PEMBINAAN TEMPAT IBADAH SECARA TIDAK SAH
KENYATAAN DUNIA SILAT MENGENAI ISU PENGAMBILAN TANAH UNTUK PEMBINAAN TEMPAT IBADAH SECARA TIDAK SAH
Dunia Seni Silat Melayu Malaysia (DSSM) memandang serius isu berkaitan dgn apa yang di sifat kan sebagai 3R termasuk pendudukan tanah secara tidak sah untuk pembinaan kuil atau mana-mana struktur tanpa kelulusan. Kejadian seperti yang berlaku di Masjid India dan beberapa lokasi lain di seluruh negara menimbulkan persoalan besar mengenai penguatkuasaan undang-undang dan keadilan dalam isu pemilikan tanah.
Jika kaedah ini dibenarkan tanpa tindakan tegas, apakah nanti Dunia Silat juga boleh beroperasi secara sama? Adakah kami juga boleh membuka gelanggang silat di mana-mana sahaja yang kami suka tanpa mengikut prosedur, kemudian menuntut geran atau hak milik atas alasan telah lama bertapak?
Silat, sebagai warisan bangsa Melayu dan seni bela diri kebangsaan, sentiasa mengutamakan disiplin dan menghormati undang-undang. Jika gelanggang silat perlu melalui pelbagai prosedur, mengapa isu pengambilan tanah secara haram bagi tujuan lain boleh dibiarkan?
DSSM menyeru pihak berkuasa untuk bertindak secara adil dan berlandaskan undang-undang dalam semua kes pemilikan tanah, tanpa pilih kasih atau tekanan politik. Keutuhan sistem perundangan negara harus ditegakkan agar tidak timbul persepsi bahawa undang-undang hanya tegas kepada pihak tertentu tetapi longgar kepada pihak lain.
Dunia Silat tetap berpegang kepada prinsip keadilan, tetapi jika perkara ini tidak dikawal, apakah nanti kami juga harus menuntut hak yang sama?
Jadi kita minta semua pihak yg terlibat yang berkuasa yang memegang tampuk Undang Undang termasuk Mufti Mufti menasihati kerajaan sebelum Nasi menjadi bubur, supaya Retak tidak Rebah, Harapkan Pagar, Pegar yang makan padi, sebelum kaduk Naik Junjung..
Terima kasih.
ROSLIM ABU
Presiden
PERSATUAN DUNIA SENI SILAT MELAYU MALAYSIA
https://www.facebook.com/share/p/18uxjrTY6j/
Comments