PERPADUAN BIASA DAN LUAR BIASA
"Perpaduan Itu Biasa Dahulu. Siapa Yang Menjadikannya Luar Biasa Hari Ini?"
Saya lahir selepas Merdeka. Kami tak diajar menjadi rasis. Tak diajar benci bangsa lain. Di sekolah, kami belajar bersama. Di kampung, kami boleh main sekali mandi sungai sekali lastik burung sekali. Ayat seperti muhibbah, hormat-menghormati, dan tolak ansur bukan slogan – ia cara hidup.
Namun hari ini, isu bangsa, agama dan ekonomi menjadi sangat sensitif. Semua orang cepat terasa, cepat menghukum. Soal agama dipolitikkan. Soal bangsa disalah tafsir. Soal ekonomi jadi senjata.
Siapa sebenarnya yang ubah suasana ini?
-
Politik Identiti
Sesetengah ahli politik memecah-belahkan rakyat demi undi. Mereka ajar kita untuk curiga sesama rakyat, sedangkan merekalah yang gagal urus negara dengan adil. -
Media Sosial yang Tidak Bertapis
Dulu kita dengar cerita di surau atau warung. Sekarang, semua orang jadi ‘wartawan’ di Facebook dan TikTok. Suara kebencian lebih viral dari suara kebenaran. -
Pendidikan Yang Terpisah
Anak-anak kita membesar di sekolah berbeza, tidak kenal satu sama lain. Bila dewasa, lebih mudah percaya stereotaip daripada kebenaran. -
Dasar Ekonomi Yang Tidak Sekata
Kegagalan dasar bukan salah bangsa lain. Ia kegagalan pengurusan. Tapi rakyat dimomokkan dengan kata-kata seperti “kau ambil hak aku”.
Kita Perlu Pulang Ke Asas
Malaya ini asalnya milik satu kaum bila jadi Malaysia ianya bukan milik satu kaum. Dan org melayu terima hakikat itu. Walaupun berkali kali hak itu di nafikan. Ada dalam tiada, Tiada dlm ada.
Kerana sangkaan sangkaan yang melayu dapat semua kaum lain di abaikan.. maka berlaku lah segala penjarahan Tanah Agama dan Bangsa. Melayu di tuduh malas oleh segala kaum, padahal penyumbang ekonomi kepada segala usaha ekonomi atas "kerajinan" kaum lain itu lah orang Melayu.. KKMART, SPEEDMART, MRDIY, yg mencapai jualan bilion rm itu pelangganya melayu. begitu juga bidang lain..
Kayu pengukur kpd apa yg berlaku hari ini nyata dan terang adalah hasil peraturan kuasa politik kuasa kuasa bangsawan, taikun taikun yang menjadi rakyat marhaen sebagai buah atur.
mentimun dan Musang King.. menggigit atau di gigit.. yang luka hanya satu..
Kita perlu kembali kepada akal, bukan emosi. Kembali kepada nilai—bukan benci.
Perpaduan bukan nostalgia. Ia masih boleh jadi realiti. Tapi kita kena pilih: nak jadi sebahagian daripada penyelesai, atau penyumbang kepada masalah?
Comments